Pages

Friday, August 14, 2009

Hari Interaksi Forensik 09

Hari Interaksi Forensic 09
Tarikh : 7 Ogos 2009
Masa : 8 pagi - 5 petang
Tempat : Chalet Hasbullah, Pantai Melawi, Kelantan


Hari Interaksi Forensic adalah dianjurkan oleh pelajar-pelajar forensic usm tahun 2 dan disertai oleh pelajar Forensik tahun 1, 2 dan 3. Program ni adalah aktiviti tahunan untuk meraikan kedatangan pelajar baru. Selain itu, program ini turut dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara senior dan junior pelajar Forensik.

Program berjalan pada pukul 8 pagi dan dimulai dengan senaman aerobik dan poco-poco. Senaman ini diketuai oleh pihak penganjur sendiri.



Pada hari interaksi ini, ketibaan pelajar tahun 3 agak lewat memandangkan semua pelajar tahun 3 menaiki kenderaan sendiri dan tidak menaiki bas yang disediakan. Sementara menanti kedatangan kami, mereka bebas untuk melakukan aktiviti sendiri.


Antara pelajar forensic tahun 3 yang hadir
* Azahiri, Lea, Sree, Ieda, Quzie, Fatin, Mir, Dil, Rahim & Hazirah *
Selepas ketibaan kami ke tempat program, kami diagihkan kumpulan yang meletakkan senior dan junior bersama. Agihan kumpulan ini adalah untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu sukaneka. Sebanyak 7 kumpulan telah dibentuk dan seramai 5-7 orang bagi setiap kumpulan. Antara sukaneka yang dijalankan adalah - mencari gula-gula dalam tepung, mengutip belon menggunakan kain, makan biskut paling banyak, membawa bola berpasangan, membawa guli dengan menggunakan chop stick.
Permainan sukaneka 1 : Mencari gula-gula dalam tepung

* dah macam nak bersujud pulak*

Permainan Sukaneka 2 : Membawa belon berpasangan

* romantik sungguh pasangan ni..auwwwwwww *

Permainan Sukaneka 3 : Membawa guli menggunakan chop stick

paling menyampah wat mende ni, asyik x dapat2 jerk guli tue..iskk

Permainan Sukaneka 4 : Siapa Makan biskut paling banyak

* Gurl makan ayu jerk, lelaki pakai belasah jer...haha ;p *

Selepas permainan sukaneka, pelajar tahun 3 diberi tugas kahs untuk membuat aktiviti bersama junior memandangkan pihak penganjur terpaksa membuat persediaan untuk makan tengah hari. Permainan ini dinamakan "Cat & Dog". Pelajar tahun 1 diminta untuk membuat bulatan besar menggunakan tangan. Dengan syarat bulatan itu tidak putus, mereka dikehendaki mendapatkan botol air yang akan dibaling oleh pelajar tahun 3 dan 2. Memandangkan pelajar tahun 1 ramai dan punyai semangat tinggi, mereka berjaya mendapat botol itu dalam masa singkat.

Setelah berjaya memperolehi kemenangan, mereka telah bersepakat hendak untuk mengenakan pelajar tahun 3 dan beberapa pelajar tahun 2 yang terlibat. Di kala ini, pelajar tahun 3 dan 2 pula menjadi 'dog' untuk mengejar botol itu. Memandangkan bilangan kami yang sedikit, kami kalah dan terpaksa menerima denda. Dendanya kami terpaksa menari Tarian India. (ini dah nama buli senior ni...)

Namun disebabkan oleh ke'sporting'an kami, kami menerima denda itu dengan hati, tangan, mulut terbuka.

* nasib baek ada Sree dan Rahim, penari tarian India yang manteppp!! *

Setelah denda selesai, tibalah saat-saat yang ditunggu oleh semua peserta dan mungkin juga oleh pihak penganjur iaitu lunch time. Makan tengah hari kami adalah - Ayam dan sosej bakar, nasi goreng, tembikai dan air oren. Bagi lelaki, sesudah makan mereka perlu solat Jumaat dan kaum perempuan pula boleh berehat dan bergosip....

Aktiviti seterusnya di'handle' oleh pelajar tahun 2. Permainan ini dinamakan 'Acid Rain' dan bertanding antara tahun. (tak taw nape dipanggil dengan nama ni, padahal tak amin air ujan pun). Permainan ini amat mencabar dan memerlukan kreativiti dan kerjasama setiap ahli pasukan.



* masing-masing mengambil kesempatan untuk peluk memeluk jerk..ngeh3 *

Next aktiviti adalah permainan tarik tali dan berlawan antara tahun. Sebelum berakhirnya aktiviti permainan tarik tali ini, pelajar tahun 3 terpaksa mengundurkan diri terlebih awal kerana mempunyai banyak kerja yang perlu di'setel'kan.

Namun sebelum pulang, seperti biasa, aktiviti bergambar WAJIB dijalankan...

Budak-budak tahun 1yang havoc and kecoh gilerrrr.

Semua pelajar forensik - tahun 1, 2, 3


KAMI - pelajar tahun 3

2 comments:

teddygirl49 said...

kuang3....mmg enjoy gler time tu...
lepas je segala bnda...
1st yr kali nie mmg hapenning...
wawawawaaa..tp lea..
awat ayat nmpk cm nk wat karangan je...skemanye....hahahah...
jgn marah akak lea...

Lea Isnawi said...

sesekali wat ayat skema xpe kan..
hahaha