Pages

Friday, March 6, 2009

Beberapa Gambar Untuk Dikongsi.

oleh : DarkArtz

Bismillah........

Orait. Ini post pertama aku untuk blog ni. Jadi sebagai permulaan, aku lihat masih tiada lagi entri yang berilmiah di blog ini. Jadi, baiklah aku yang memulakan entri tersebut. 

Ini beberapa gambar yang aku ambil dari lab fotografi hari tu. Mungkin korang boleh gunakan untuk laporan makmal korang. Terutamanya yang tak datang seperti Che Joe dan Ijon. Mungkin juga boleh digunakan kepada sesiapa yang tak bawa kamera.

Ini kamera Filem Vivitar. Dalam laporan, korang bolehlah tunjukkan mana shutter, mana kawal ISO, mana letak filem, mana yang kawal aperture mikro dan makro.

Ini salah satu gambar cantik yang aku dapat tangkap. Kamera lama buatan Cina. Memang aku selalu jumpa dalam cerita Cina je. Tak dapat spesifikasi tentang bagaimana nak guna sebab abang tu pun tak tahu katanya.

Ini kamera mudah alih. Ada flash. Yang di tengah tu. Boleh dibuka dan ditutup. Namun, ISO dengan shutter dia tak berapa tinggi sebab mudah alih kan. Aperture pun kurang rasanya.

Yang ni adalah alat penambah flash. Dari belakang. Bagaimana nak tekan butangnya aku tak berapa tahu. Mungkin korang boleh terangkan.

Pandangan alat pemancar flash dari hadapan.

Kamera filem Nikon. Abang tu kata dia selalu pakai kamera jenis ni dulu-dulu kala.

Pandangan belakang. Boleh nampak alah pengawal ISO dan shutter. 

Ini namanya slide film. Selalunya filem ni digunakan untuk tangkap gambar dalam slide. Tujuannya untuk dipancar atau dicuci. Kalau aku tak silap, ini positif, bukan negatif. Kalau aku silap, betulkan aku.

Ini filem besar. Filem yang digunakan zaman dulu kala.

Ini filem warna, color film. Beza filem ni dengan filem hitam putih adalah warna filemnya. Filem hitam putih warna kelabu filemnya, yang filem warna berwarna perang tembaga.

Yang ni 3 jenis cecair cuci gambar. Minta tolong sesiapa beritahu aku apa nama pencuci ni. Aku tak berapa dengar hari tu. Yang aku tahu ia digunakan selepas mesin enlargement.

Ini mesin enlargement. Ia boleh dikawal supaya korang dapat memilih gambar mana yang cantik apabila dicuci. Ia bergantung pada had masa kalau aku tak silap. Juga boleh memilih bahagian gambar mana yang kita nak.

Ini alat penyidai dan pengering. Selalunya selepas dah cuci gambar, gambar akan dikeringkan di sini. Tapi perlu dijaga sebab kalau terlalu lama, gambar akan rosak.

Ini alat duplicate slide. Ia dapat menduplikasikan slide filem. Banyak digunakan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

Ini Super Coolscan. Disebabkan sekarang orang dah tak guna slide film, maka slide film terdahulu boleh diconvert dalam bentuk digital melalui alat ini. Namun memerlukan masa yang lama, mungkin beberapa jam. Alat di kiri tu stand film yang akan memegang filem dan dimasukkan ke tengah alat scan ini.

Okey, setakat ni saja yang dapat aku kongsikan. Kalau korang ada gambar-gambar yang lebih cantik atau yang aku tiada di sini, aku minta korang upload di blog ini untuk kita kongsi bersama. 

Apapun, kalau aku ada sebarang kesalahan, minta tolong beritahu. 

8 comments:

Unknown said...

oi..oi..oi...
perlu ka mention nama2 yang tak datang...org len seme dah tau da..
x perlu nak heboh2kan.. peda...
Tapi ko tau sebabnya kan.Hahaha!!!
shhh.....diam2 sudey...

well, thanks for this info.. it'll help me alot i guess...
tapi ko tau... aku tak berapa berminat pon pasal camera ni..
aku baca entry ni pon macam borink siot!!
apapon i've no choice..kena juga blajar mende ni.Nak wat cam man..haha...

p/s: Azahiri, nnti tlg tunjuk ajar aku ini..yg tak g masa aritu. Haha.. wateva..

Lea Isnawi said...

bagus la dh upload gmbar2 ari tue kat sini...
aku baru nak mitak ngan ko...

Lea Isnawi said...

3 jenis cecair tue:

1. developer
2. fixer
3. stop bath..

kalo aku x silap..
tapi hakikatnya cecair yg die tunjuk kat situ sume air bese jer...mati2 aku igt cecair betu..adeyh...

DarkArtz said...

hahaha che joe......
kau nak aku padam nama kau ke??
leh aje edit........

lea, kau pun ada tangkap kan???
upload le.........
yang enlarger color tu aku takde.........
aku cuma tangkap enlarger hitam putih ni je......

Lea Isnawi said...

pic yg aku amek..
ko faham2 jela..
mesti pic aku jer..hehe

aku pun x amek enlarger color tue...
coz die ckp dh xgune kan...
so aku xamek la...
huhu

DarkArtz said...

kau memang xleh jadi photographer..........
agaknya kalau tangkap gambar evidence nanti pun mesti kau nak masuk gambar tu sekali.........
huhuhu........

Lea Isnawi said...

hahaha..
may be kot..
=p

Max J. Potter said...

fotografi? nani cuma suka hayati end productnya saja. process? tidak. terlalu rumit utk org yg ringkas mcm nani ni. =)