Tuesday, December 29, 2009
Friday, August 14, 2009
Hari Interaksi Forensik 09
Hari Interaksi Forensic adalah dianjurkan oleh pelajar-pelajar forensic usm tahun 2 dan disertai oleh pelajar Forensik tahun 1, 2 dan 3. Program ni adalah aktiviti tahunan untuk meraikan kedatangan pelajar baru. Selain itu, program ini turut dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara senior dan junior pelajar Forensik.
Program berjalan pada pukul 8 pagi dan dimulai dengan senaman aerobik dan poco-poco. Senaman ini diketuai oleh pihak penganjur sendiri.
Pada hari interaksi ini, ketibaan pelajar tahun 3 agak lewat memandangkan semua pelajar tahun 3 menaiki kenderaan sendiri dan tidak menaiki bas yang disediakan. Sementara menanti kedatangan kami, mereka bebas untuk melakukan aktiviti sendiri.
* dah macam nak bersujud pulak*
Permainan Sukaneka 2 : Membawa belon berpasangan
* romantik sungguh pasangan ni..auwwwwwww *
Permainan Sukaneka 3 : Membawa guli menggunakan chop stick
paling menyampah wat mende ni, asyik x dapat2 jerk guli tue..iskk
Permainan Sukaneka 4 : Siapa Makan biskut paling banyak
* Gurl makan ayu jerk, lelaki pakai belasah jer...haha ;p *
Selepas permainan sukaneka, pelajar tahun 3 diberi tugas kahs untuk membuat aktiviti bersama junior memandangkan pihak penganjur terpaksa membuat persediaan untuk makan tengah hari. Permainan ini dinamakan "Cat & Dog". Pelajar tahun 1 diminta untuk membuat bulatan besar menggunakan tangan. Dengan syarat bulatan itu tidak putus, mereka dikehendaki mendapatkan botol air yang akan dibaling oleh pelajar tahun 3 dan 2. Memandangkan pelajar tahun 1 ramai dan punyai semangat tinggi, mereka berjaya mendapat botol itu dalam masa singkat.
Setelah berjaya memperolehi kemenangan, mereka telah bersepakat hendak untuk mengenakan pelajar tahun 3 dan beberapa pelajar tahun 2 yang terlibat. Di kala ini, pelajar tahun 3 dan 2 pula menjadi 'dog' untuk mengejar botol itu. Memandangkan bilangan kami yang sedikit, kami kalah dan terpaksa menerima denda. Dendanya kami terpaksa menari Tarian India. (ini dah nama buli senior ni...)
Namun disebabkan oleh ke'sporting'an kami, kami menerima denda itu dengan hati, tangan, mulut terbuka.
* nasib baek ada Sree dan Rahim, penari tarian India yang manteppp!! *
Setelah denda selesai, tibalah saat-saat yang ditunggu oleh semua peserta dan mungkin juga oleh pihak penganjur iaitu lunch time. Makan tengah hari kami adalah - Ayam dan sosej bakar, nasi goreng, tembikai dan air oren. Bagi lelaki, sesudah makan mereka perlu solat Jumaat dan kaum perempuan pula boleh berehat dan bergosip....
Aktiviti seterusnya di'handle' oleh pelajar tahun 2. Permainan ini dinamakan 'Acid Rain' dan bertanding antara tahun. (tak taw nape dipanggil dengan nama ni, padahal tak amin air ujan pun). Permainan ini amat mencabar dan memerlukan kreativiti dan kerjasama setiap ahli pasukan.
* masing-masing mengambil kesempatan untuk peluk memeluk jerk..ngeh3 *
Next aktiviti adalah permainan tarik tali dan berlawan antara tahun. Sebelum berakhirnya aktiviti permainan tarik tali ini, pelajar tahun 3 terpaksa mengundurkan diri terlebih awal kerana mempunyai banyak kerja yang perlu di'setel'kan.
Namun sebelum pulang, seperti biasa, aktiviti bergambar WAJIB dijalankan...
Budak-budak tahun 1yang havoc and kecoh gilerrrr.
KAMI - pelajar tahun 3
Thursday, April 2, 2009
Installation Night 09
ni apa kes ni..si puntung bukan nak menimbulkan cerita sensasi antara ahli kami..cuba lihat mata yang terbeliak 2.perkara yang tak perlu dijelaskan lagi.mata pendekar apis pon menunjukkan betapa seronoknya malam installion nite ..gigi fadh yang tersusun rapi tersengeh secara tak sengaja menggambarkan bahangnya makanan yang sampai lambat..nasi da abis da.. baru lauk datang..
nak sambung lagi ke penceritaan si puntung ni.. ok2, maka si puntung pon menyambung cerita..
bayangkan betapa mesranya persahabatan yang terjalin salama 2 tahun
p/s :yang dapat balakz o awekz baru jangan lupa la kawan2 yang setia ni.kesian kami yang sing.. ni.pandai2 la bahagi kan masa.haha.tanpa kami tak lengkaplah forensik..teruskan bersahabat..peace..
nampak tak 3 lipan merah yang berbisa kat atas tu..hahaha..walaupun title queen nite telah dirampas seorang pelajar seksi, tapi tetap dia cool..pencipta blog, tolong jangan 'sack' saya dari blog ni ea.. 2 budak kecik yang pakai baju kurung n kebaya merah 2 jangan usik ea..sekali kene 'sengal' baru taw..mereka terkenal dengan kepantasan tangan spontan..'cover' kepala kalau berbicara..safety first..insyaallah selamat..peace..
semoga segala kenangan diabadikan..si puntung menyusun 10 jari kaki n tangan jika laser terkena para pengunjung..berniat baiklah sesama insan..n selamat beramal..peace no war..
Saturday, March 28, 2009
Mock Crime Scene
Monday, March 23, 2009
Jawapan Teka-teki Misteri
Klu yang diberi oleh Misteri adalah seperti berikut:
1.Berlaku dalam DNA replication
2.Primer ke atas okazaki fragment
3.Dibaca: 31141111221
Kalau diikutkan, Hakim_Chanz dah pernah beritahu siapa sebenarnya Misteri ni dalam shoutout yang terdahulu. Tapi kita jangan ‘bias’, orang nak kita jawab, kita jawablah.
Klu pertama dan kedua, ‘berlaku dalam DNA replication’ dan ‘primer ke atas okazaki fragment’. Benda ni kalau di universiti, hanya pelajar Biomedik dan Forensik sahaja yang ambil dalam kebanyakan subjek (TBM, Genetik dan lain-lain). Maka, Misteri ini mungkin seorang pelajar Forensik atau Biomedik.
Namun, tetap kita tak boleh tentukan begitu sahaja. Bukti masih tak mencukupi.
Tak mengapa, kita selesaikan dahulu klu-klu tersebut. Apabila DNA replication berlaku, akan ada dua strand dihasilkan, leading strand dan lagging strand. Okazaki fragment, yang kita belajar, berlaku di lagging strand.
Lagging strand berlaku dari penghujung 5’ ke 3’. Tapi DNA dibaca dari penghujung 3’ ke 5’. Jadi, aku rasa kita kena terbalikkan nombor-nombor ni.
31141111221 ---> 12211114113
Untuk membongkar kod nombor ni, kita perlu tahu, semua huruf ada 26 abjad. Setiap abjad atau huruf ada urutannya. Aku simpulkan seperti di bawah:
1-A 2-B
3-C 4-D
5-E 6-F
7-G 8-H
9-I 10-J
11-K 12-L
13-M 14-N
15-O 16-P
17-Q 18-R
19-S 20-T
21-U 22-V
23-W 24-X
25-Y 26-Z
Sekarang, kita bahagikan nombor seperti berikut:
12/21/11/14/1/13
Kita akan dapat keputusannya setelah dimasukkan abjad mengikut urutan nombor.
L/U/K/N/A/M
Kikikiki.........
Seperti yang Justin katakan, Lukman dah salah eja nama dia. Hehehe......
Luk, agak menarik juga teka-teki kau ni. Mula-mula aku pun ingat melibatkan base A, G, C dan T. Hahaha..........
Sekurang-kurangnya ada topik pengisian yang dapat ditulis di blog ni.
p/s: minta maaf kalau aku guna perkataan inggeris bercampur bahasa Melayu di entri kali ini. Sebabnya bila aku melayukan perkataan tersebut, aku rasa perkataan tersebut menjadi pelik, tak pernah dengar.
Good news!!!!
aku nak beritahu dan umumkan something ni....nak taw aper??
jeng
jeng..
(bajet suspen la kan?hehe)
dalam dvd tue ade..
- picture kite time practical - (tool marks, foot casting, fingerprint, photography)
- picture time HTM tahun 07/08 dan 08/09
- picture2 yang aku dapat dr rakan-rakan coursemate
- video time HTM 08/09
- video time kite nyanyi lagu Graduation
- video klip for installation nite.
ok..tu je yang aku nak kasi taw..malas nak buat pengumuman kat kelas...
k..thanks..
Thursday, March 19, 2009
juz a minute...
x bnyk..tp ingt x dia da tnya apa nama chemical yg ada dlm gmbr nie
ok..1st dr kiri...chemical tu namanye developer..
bukan nama..tp dikenali sbg developer...tujuan dia to bring the image...
aku rase mksudnya nk bg image tu nmpk nyata dlm photo paper la...
ni pndapat aku...apa2 pon fikir2 la sndiri n refer note ea..
paper tu kita celup dlm developer utk 1 minit je...
then..kita masuk kn dlm fixer selama antara 10-15 mint...
tujuan to fix the image...
lps 2...celupkn photo paper 2 dlm larutan bleach...selama setengah jam...
tujuan nk stop the action of previous chemical....
last sekali..kita akan biarkan paper tu di bwh running water...selalunya kita guna filter water n proses nie amik masa 1 jam...
ok...that's all....apa yg aku gtaw nie based pada apa yg aku ingt akak kt situ bgtaw...
tu je....tq
Friday, March 6, 2009
Beberapa Gambar Untuk Dikongsi.
HappY biRthday Sree.....
happy bitrhday to yOu...
happy birthday to yOu...
happy birthday to yOu...Sreee....
+ Moga Panjang umOr..
+ moga ur dream comes true...
+ Moga cepat kawen..=p
+ happy and smile owez k..;
sree yang dermawan...belanja kitorang makan coklat pada hari birthday nya...
patutnya kita yang belanja die kan???hehe...btw..thanks sree for the sweet chocolate....