Pages

Monday, March 23, 2009

Jawapan Teka-teki Misteri

oleh : DarkArtz

Bismillah.........

Aku tak tahu bila shoutout ini di naikkan. Cuma aku terasa ada eloknya ia diselesaikan. Shoutout tersebut adalah daripada seorang pengunjung bernama samaran Misteri yang meminta agar kod namanya dipecahkan atau dibongkarkan.



Klu yang diberi oleh Misteri adalah seperti berikut:


1.Berlaku dalam DNA replication

2.Primer ke atas okazaki fragment

3.Dibaca: 31141111221


Kalau diikutkan, Hakim_Chanz dah pernah beritahu siapa sebenarnya Misteri ni dalam shoutout yang terdahulu. Tapi kita jangan ‘bias’, orang nak kita jawab, kita jawablah.


Klu pertama dan kedua, ‘berlaku dalam DNA replication’ dan ‘primer ke atas okazaki fragment’. Benda ni kalau di universiti, hanya pelajar Biomedik dan Forensik sahaja yang ambil dalam kebanyakan subjek (TBM, Genetik dan lain-lain). Maka, Misteri ini mungkin seorang pelajar Forensik atau Biomedik.


Namun, tetap kita tak boleh tentukan begitu sahaja. Bukti masih tak mencukupi.


Tak mengapa, kita selesaikan dahulu klu-klu tersebut. Apabila DNA replication berlaku, akan ada dua strand dihasilkan, leading strand dan lagging strand. Okazaki fragment, yang kita belajar, berlaku di lagging strand.


Lagging strand berlaku dari penghujung 5’ ke 3’. Tapi DNA dibaca dari penghujung 3’ ke 5’. Jadi, aku rasa kita kena terbalikkan nombor-nombor ni.


31141111221 ---> 12211114113


Untuk membongkar kod nombor ni, kita perlu tahu, semua huruf ada 26 abjad. Setiap abjad atau huruf ada urutannya. Aku simpulkan seperti di bawah:


1-A 2-B

3-C 4-D

5-E 6-F

7-G 8-H

9-I 10-J

11-K 12-L

13-M 14-N

15-O 16-P

17-Q 18-R

19-S 20-T

21-U 22-V

23-W 24-X

25-Y 26-Z


Sekarang, kita bahagikan nombor seperti berikut:


12/21/11/14/1/13


Kita akan dapat keputusannya setelah dimasukkan abjad mengikut urutan nombor.


L/U/K/N/A/M


Kikikiki.........


Seperti yang Justin katakan, Lukman dah salah eja nama dia. Hehehe......


Luk, agak menarik juga teka-teki kau ni. Mula-mula aku pun ingat melibatkan base A, G, C dan T. Hahaha..........


Sekurang-kurangnya ada topik pengisian yang dapat ditulis di blog ni.


p/s: minta maaf kalau aku guna perkataan inggeris bercampur bahasa Melayu di entri kali ini. Sebabnya bila aku melayukan perkataan tersebut, aku rasa perkataan tersebut menjadi pelik, tak pernah dengar. 

9 comments:

Unknown said...

TAHNIAH....
memang betul jawapan anda..
sekaran barulah saya berkeyakinan forensik mampu menjejaki penjenayah.... hidup forensik

tapi.....
ada satu kesilapan yang anda buat. sebab itu anda dapat L U K N A M dan bukannya L U K M A N.. nak tahu?? dalam 'replication DNA' mutation mungkin berlaku... so anda perlu mengambil kiranya.. klu yang menyatakan M adalah di depan N telah tertulis dalam M I S T E R I itu sendiri yang mana bermula dengan huruf M

jangan marah... kuikuikui.......

DarkArtz said...

hahaha, kalau kau nak layan debat, aku memang boleh je..........
mula-mula, DNA mutation berlaku melibatkan A, G, C dan T, iaitu bes nitrogen..........
setakat yang aku ketahui, masih lagi tiada bes nitrogen bernama awalan M atau N.........
kedua, MISTERI bukanlah satu klu yang diberikan oleh kau.........
malahan, kalau MISTERI dilibatkan atas hal M di depan N, tiada abjad N didalam MISTERI..........

maka dengan ini, aku menyimpulkan, kau dah salah tulis, dan kau cuba nak tutup 'lubang' kau.........
hahaha, rilek luk, aku gurau je.......

Lea Isnawi said...

alahai lukman...

huhuhu

Mohd LukMan said...

M I S T E R I sebab itulah saya memilih misteri sebab klunya hanya M klu ada M dan huruf lain mungkin dikatakan aku cuba menutup lubang... cuba fikirkan apasal saya memilih M sebab satu-satunya huruf yang ada dalam M I S T E R I... hahahahah....

teddygirl49 said...

caya la aza!!!!
hahahaaa

DarkArtz said...

wei, pujilah lukman, sebab dia yang cipta teka-teki ni........
kang kecil hati dia kang.......

justin_lover^^ said...

lukman...haha
comellah kau
blh lak kau pkir2 benda mcm teka-teki ni...time2 mcm ni
kalo aku...baik aku tido jer..
hukhuk..."z..z"
nway..ngaku jelah kau slh eja
hikhik...^^
lukman..xsangka kau mencurigai kehebatan kami yg pelajar forensik ini...
best2..teka-teki ni
kau watlah blog untk biomed lak..huhu...=p

chanz said...

hahaha..tgk budak diet takyah susah2 nak jwb teka teki dh tau...ape da..

a'a justin dia mmng comel. hihikkk.

Alexis Siik Fung said...

Menarik!!!hmm, interesting blog and make me continue reading!keep it up!!