Pages

Saturday, March 28, 2009

Mock Crime Scene

oleh: DarkArtz

Bismillah......

Kerja makmal terakhir untuk pelajar forensik dalam subjek Kriminalistik, iaitu Mock Crime Scene. Jadi kawan-kawan, apa kata kita berkongsi sedikit gambar dan sedikit hipotesis mengenai pembinaan semula (reconstruct) kes tersebut.

Jadi, ini adalah sedikit laporan daripada kami. Mungkin selepas ni kita boleh berbincang mengenai hipotesis yang kami kemukakan. Namun, kami ada bukti kukuh.

Kami, kumpulan terakhir, telah menerima arahan untuk memeriksa tempat kejadian. Dikatakan seorang wanita telah dibunuh, juga dikenali dengan nama Puan Susa. 

Daripada pengamatan kami, kami percaya ia berlaku di salah satu ruang di rumah tersebut, mungkin di dalam bilik. Memang jelas kelihatan bahawa pergelutan memang pernah terjadi di situ. Kerusi yang jatuh dan beberapa butang yang dijumpai beserta duit syiling menguatkan lagi dakwaan kami.


Kami juga telah memeriksa beberapa bukti di meja. Kehadiran dua cawan air kopi, sebiji epal yang digigit dan kertas menunjukkan mangsa pernah berbincang sesuatu dengan suspek. Malah ada juga kesan rokok dan abunya. Semua ini akan dihantar ke makmal untuk di proses dengan lebih lanjut.


Kami juga mendapati terdapat beberapa kesan tapak kaki di tempat kejadian. Tapak kaki di bawah, kalau aku tak silap adalah positive 2D impression. Dan kalau aku tak silap, tapak ni menunjukkan kasut but atau kasut kulit.


Terdapat juga kesan hantukan di dinding. Di sebalik darah yang mengalir, terdapat juga beberapa helai rambut yang terlekat. Ia mungkin kesan hantukan mangsa atau pun suspek itu sendiri. Namun kami kuat mengatakan ia milik mangsa. Apapun, analisis rambut dan darah masih dilakukan.


Terdapat juga kesan di telefon. Ganggang telefon diangkat dan tidak diletakkan di tempat asalnya. Ini adalah satu bukti yang memeningkan setelah disambungkan (connect) dengan bukti lain.



Baiklah, kami akui, memang pening kepala dibuatnya dalam memikirkan siapakah pembunuh dalam kes ini. Adakah suaminya atau adakah orang asing atau adakah Puan Susa bunuh diri?

Beberapa bukti kelihatan tak sepadan. Kami tidak menolak kemungkinan ada beberapa bukti yang direka di tempat kejadian. 

Jadi, apa pendapat korang? Aku berani cakap korang masih tak pasti siapa pembunuhnya. 

Kami? Hahaha, kami dah tahu siapa pembunuhnya. Siap ada bukti lagi tu.

Hahahaha, bertenang, banyak masa lagi untuk korang berfikir siapa pembunuhnya. Atau korang nak tahu juga siapa pembunuh?

Betul nak tahu ni??

Kalau nak tahu juga siapa pembunuhnya, sila scroll ke bawah.







Hahahaha........




p/s: 
1. Sesiapa yang nak ambil gambar di atas bolehlah ambil. Sesiapa yang nak kongsi gambar pun boleh juga atau sesiapa yang tak ada gambar suatu bukti, bolehlah nyatakan. Mungkin sesiapa yang ada gambar tersebut boleh naikkan di blog ini.

2. Sesiapa yang nak berkongsi idea dan hipotesis pun boleh, malah amat digalakkan. Itu pun kalau korang tak kedekut. Huhuhu...

7 comments:

Lea Isnawi said...

ku rase pembunuh tue adalah org yg dekat dengan suspect..
coz sebelum kejadian..mangsa seolah2 melayan baek suspect..
dengan menghidangkan air kepada beliau..
ataw mungkin ade tetamu laen yg dtg before pembunuh dtg membunuh...
boleh jd jugak kan?

lagi 1 ko perasan tak ade beberapa butang baju patah kat situ..bile kitrg cek balik baju2 yg ade kat situ..kitrg terperasan ade sat baju tue butangnya terputus sebyk 3 biji..
dan baju tue semestinya milik suami mangsa..
tp yg peliknya..
naper mesti suspect boleh sangkut baju tue dgn elok jer...
ape motif die buat mcm tue
naper diex bawak lari jer baju tue
any idea x??

Unknown said...

aku pening..........

pakDin said...

wow...first time tgok crime scene...
mcm best jer blaja benda nie....

DarkArtz said...

lea: untuk hidangan tu, aku berpendapat memang suspek adalah orang yang dia kenal.........
mengenai baju tu pula, aku boleh teka 2 sebab,
1. penjenayah saja cabut butang baju tu dan taburkan di situ untuk kelirukan polis dan tuduh suami dia.
2. baju tu memang milik penjenayah, dia letak di situ sebab baju tu dah rosak dan dia tukar pakai baju suami dia.

che joe: ni baru simulation je ni, kalau yang benar, lagi le pening.......

pak din: best memang best pak din, cuma memeningkan sikit bila nak mengetahui cara melakukan jenayah tu.........
kalau pak din ada teori, meh la kongsi sama........

senyum said...

seraya si puntung berkata rasa2nya kite tak perlu tentukan si pembunuh.suma akan jadi satu andaian yang belum pasti kebetulannya.si suami n family terdekat si mangsa akan jadi suspek polis kan..

tok lebih membantu cuba kite tentukan motif pembunuhan dan cara pembunuhan. maksudnya darimana mula pergelutan sampai lah mati si mangsa tu.kalu bole kite nyatakan sebab n gambar ynag mengatakan si mangsa bergelut di bangku, dihentak kepala, cuba menelefon dan meronta2...ntah..hahaha....

chanz said...

pembunuh adalah.....dalam kalangan kamu!!!
betol x? xD

Alexis Siik Fung said...

oh, pasal mock crime scene ni simlee pernah ceritakan kat saya, coz i think it's interesting..hehe, so dh dapat tau ke siapa sbnrnya pembunuh??hmm, klunya sgt mengelirukan..neway goodluck!