Pages

Monday, August 1, 2011

Pembaziran Pakar Forensik

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM), universiti pertama di Malaysia yang diberikan penarafan Universiti Apex melahirkan ramai graduan bidang sains forensik sejak 2003.

Sebagai permulaan, pelajar lepasan matrikulasi perlu memperoleh sekurang–kurangnya CGPA 3.67 (berdasarkan CGPA terendah pelajar sains forensik sidang 2006/2007).

Ini menandakan hanya pelajar yang layak diterima masuk ke bidang ini.

Graduan yang dihasilkan berpengetahuan luas dalam bidang penyiasatan kerana latihan dan pembelajaran yang diterima semasa di universiti dan semasa praktikum di bawah kendalian Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras, cukup untuk melabel mereka sebagai pakar dalam bidang forensik.

Pembelajaran yang diterima merangkumi segala asas bidang forensik, bukan saja berkaitan cara penyiasatan kejadian jenayah, malah berkaitan psikologi, criminology (study of criminal behavior), perubatan forensik, kimia analitikal, kriminalistik, balistik, DNA, serology dan juga criminal justice System.

Pada setiap tahun, lebih kurang 25 graduan bakal dihasilkan untuk menampung jumlah penyiasat dan ahli kimia berkhidmat bersama organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.

Namun, apa yang menyedihkan sejak 2006, graduan dihasilkan tidak lagi diperlukan berikutan tiada kekosongan di Jabatan Kimia Malaysia.

Ramai graduan beralih arah ke bidang pekerjaan yang tidak berkaitan, contohnya dalam bidang kimia industri, tidak terkecuali yang mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sebagai alternatif lain, menjadikan guru sebagai profesion sepanjang hayat.

Jika ditanya mengapa tidak berkhidmat dengan pasukan polis, ini satu lagi isu yang perlu dibangkitkan.

Untuk berkhidmat dengan pasukan polis tidak semudah yang disangka berikutan graduan perlu memiliki susuk tubuh dan ketinggian yang ideal. Pemakaian cermin mata tidak dibenarkan.

Jika diteliti dengan mengambil contoh rakan sekuliah saya, 80 peratus daripada kami memakai cermin mata.

Bagaimana mungkin kami berkhidmat untuk PDRM? Saya dimaklumkan hanya seorang saja senior saya memohon dan diterima berkhidmat bersama pasukan polis. Jika pengiraan teliti dibuat dengan mengambil 25 orang setahun sebagai titik tanda graduan yang dihasilkan selama enam tahun ini, jumlahnya mencecah 150 orang, tetapi hanya seorang yang layak diserap ke pasukan polis setakat ini.

Maka dengan itu tidak hairanlah ramai graduan sains forensik USM masih menganggur, walaupun pada kebenarannya jika mereka dihantar ke negara yang pesat membangun, yang menghargai bidang ini seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, sudah pasti mereka direbut pelbagai agensi yang kekurangan khidmat pegawai forensik di sana.

Tidak seperti negara kita yang masih tidak menyedari kepentingan bidang ini sedalam-dalamnya. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) banyak membantu graduan bidang ini dari segi pemberian biasiswa.

Namun, ketiadaan pekerjaan yang berkaitan dengan bidang ini ditawarkan oleh kerajaan boleh disifatkan sebagai suatu pembaziran.

Graduan yang menerima biasiswa akhirnya tidak berkhidmat untuk kerajaan, sebaliknya berkhidmat untuk badan forensik swasta seperti Approved Forensics Sdn Bhd yang bertapak di ibu negara.

Harapan graduan berkhidmat dalam kerajaan boleh dikatakan berkubur sebaik mereka mengetahui realiti tiadanya peluang pekerjaan pada masa hadapan.

Hal ini amat menyedihkan kami kerana setakat ini belum ada pihak yang tampil membela nasib kami, walhal banyak pendekatan yang boleh diketengahkan untuk merealisasikan bidang sains forensik di Malaysia.

Dengan ini saya merayu pihak bertanggungjawab memandang serius perkara ini kerana makin hari saya melihat betapa kami diperlukan untuk berkhidmat dalam menangani masalah jenayah ini, namun kewujudan kami seakan tidak disedari.

Saya sebagai wakil graduan dan mahasiswa sains forensik universiti tempatan amnya dan USM khususnya amat berharap supaya isu ini dapat diteliti dan dititik beratkan supaya negara ini tidak kehilangan sejumlah pakar yang boleh mencorak keamanan Malaysia, bebas tanpa jenayah.

RIDZUAN KUNJI KOYA

Sains Forensik Universiti Sains Malaysia 06/07

source: Metro Disember, 2010.

*****************************************************************

Ramai yang masih tertanya akan kerjaya graduan Sains Forensik dan saya sebagai graduan Sains Forensik juga masih lagi mengintai-intai peluang pekerjaan. Tapi usah risau, kita harus yakin rezeki di tangan Allah. Mencari pekerjaan bukan mudah, ia menuntut kesabaran.

Entri ini bukan bertujuan untuk membantutkan hasrat mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil jurusan ini tetapi sekadar ingin membuat anda semua berfikir sebelum membuat keputusan.

Cuma apa yang ingin saya katakan saya rasa sangat bertuah mengambil jurusan ini walaupun peluang kerjaya masih samar-samar. Kenapa? Kerana sepanjang 4 tahun mengikuti program ini pelbagai ilmu saya pelajari especially tentang kehidupan. Berhadapan dengan mayat-mayat membuatkan saya rasa sangat bersyukur kerana masih lagi bernyawa dan akan terus menghargai masa yang diberikan oleh Allah. Sesunguhnya mati itu pasti dan mengingatkan mati itu digalakkan.

Akhir kata, tuntulah ilmu hingga ke liang lahad, tak perlu sampai ke China kerana Malaysia sendiri pun mampu untuk memberikan ilmu kepada anda =)


7 comments:

Anonymous said...

bpa kos pmbljrn nie??

Scha Aye Jay said...

hurm , saye bru berumur 16 tahun nmun bercita-cita untuk menjadi pakar forensik . walua apapun saye tetap dgn cita-cita saya

ramuk said...

Selamat petang, saya merupakan pelajar diploma sains gunaan..so kalau utk pelajar diploma..pointer macam mana ye?

Unknown said...

amerika syarikat merebut2 nak ambik korang keje? Come on lah stop dreaming

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kenapa cakap macam tu?(unknown)
Why we cannot dream.
Is that your problem.
Dah rezeki yang Allah bagi,kita pasti jadi rebutan ramai.
Sains Forensik adalah minat kami,jadi kami akan berusaha untuk jayakan cita-cita kami.
Janganlah nak halang orang lain untuk capai cita-cita.
Tidak salah kalau jadi rebutan ramai di United State of America ke,United Kingdom ke,Jerman ke,rezeki Allah bagikan.
Kita patut bersyukur.

Atiqah said...

Apa kelayakan spm yg perlu diperoleh utk menceburi bidang ini