Pages

Wednesday, November 24, 2010

Forensik juga suka binatang


Aktiviti
Bermain dengan gajah, bagi makan gajah, naek gajah & mandi dengan gajah (yang ni tak sempat buat sebab paras air sungai naek), Melawat institut biology & Deerlands.

Tarikh
15 november 2010

Tempat
Kuala Gandah, Pahang



Sesi taklimat sebelum aktiviti bersama gajah bermula

Pengalaman dapat menaiki gajah sangat menyeronokkan :)

Gajah yang sangat supporting dan pandai ikut arahan

Sesi memberi makanan kepada gajah - tebu

gajah-gajah yang berumur dlm lingkungan 5-7 tahun dan sesuai untuk dinaiki.

Harimau yang telah diawet

Bentuk muka mereka kelihatan seiras, adakah dr species yang sama? :P

Lukisan di belakang tu sangat sangat cantik! Marveles!

Bergambar kenangan bersama Pegawai di situ - Encik Adnan.

Sesi memberi makan kepada rusa - ubi. Rusa-rusa sangat agresif apabila ternampak ubi. Rusa tu lagi tinggi dr orang yang memberi makan. :P

ular yang bernama Jessie

Sunbear yang bernama Muda. Apabila dia ralit makan, die tak hiraukan orang sekeliling. Tu yang seronok kami belai-belai beliau.

di hadapan pintu masuk Deerlands


Kenangan melawati dan bersiar-siar di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, institut Bio & Deerlands sangat menyeronokkan. Cuma agak terkilan sebab tak dapat mandi bersama-sama gajah. ouch!.

sesiapa yang duduk berhampiran dengan Kuala Gandah pergi la lawati tempat2 ni kerana tiada charge dikenakan utk masuk. Tapi tiket terhad utk mereka yang datang awal.



Saturday, November 6, 2010

jalan-jalan di Putrajaya


Aktiviti seterusnya adalah melawat IPD, Putrajaya, Pengkalan Marin, Putrajaya & Istana Kehakiman. Semuanya kat Putrajaya dan tarikh lawatan tu lupa plak..lupa jugak nak catat. hoho.


IPD, Putrajaya

Apa yang best kat sini? IPD Putrajaya sama macam IPD tempat laen tapi lagi canggih sikit & smart jugak. Owh lupa, IPD stand for Ibu pejabat Polis Daerah. Apabila melawati IPD Putrajaya, kami baru mendapat tahu bahawa hempir semua kawasan di Putrajaya diawasi oleh CCTV. CCTV diletakkan di tiang-tiang lampu. Tapi tak semua tiang lampu ada CCTV, sebahagian sahaja. Lampu yang mana? Itu rahsia. haha. Oleh itu, jangan sesekali kalian merendek atau honeymoon sebelum kawen di kawasan Putrajaya kerana mungkin anda bakal menjadi tontonan pegawai polis dan pegawai majlis penbandaran.

Inilah tempat kawal CCTV, segala kelakuan anda di Putrajaya akan dapat disaksikan di sini. Jadi, berhati-hatilah dan tak payah berdating di sini. :P

Ini pula, bilik pengecaman penjenayah oleh saksi atau mangsa. Bilik ni dihadang oleh one side mirror means orang di dalam tidak nampak orang di luar.

Bergambar di bumbung bangunan IPD. Di atas ni, kami dapat melihat pemandangan yang sangat sangat cantik.

Taklimat diberi oleh ibu angkat kami, DSP Mah untuk aktiviti seterusnya.

Bergambar kenangan bersama pegawai polis IPD Putrajaya.

Pengkalan Marin

Yang ni sangat best sebab kami diberi peluang untuk menaiki bot marin mengelilingi kawasan Putrajaya. Sesunguhnya Putrajaya sangat sangat sangat cantik.

Bergambar sebelum aktiviti menaiki bot marin bermula.


Sangat best dapat keliling Putrajaya dengan menaiki bot marin.


Bergambar kenangan bersama pegawai polis marin

Istana Kehakiman

Seperti namanya, mahkamah ini seolah-olah seperti sebuah Istana. Sungguh sangat cantik struktur dan ukirannya. Berada di dalam Istana Kehakiman terasa seperti di dalam istana seperti di dalam TV.





Thursday, November 4, 2010

Saya bantah, Yang Arif!

Sebagai pelajar Forensik, kami juga perlu tahu serba sedikit mengenai proses perbicaraan di mahkmah. Kenapa? Mungkin sekiranya kami terlibat menjadi polis ataw ahli kimia yang menguruskan bahan bukti sesuatu jenayah, kami akan dipanggil ke mahkamah untuk meberi keterangan.

Maka disebabkan itu, ketika berkursus di maktab PDRM kami turut diajar prosedur perbicaraan dan didedahkan dengan keadaan sebenar di mahkamah. Bukan senang untuk memberi keterangan di mahkamah kerna kite mungkin akan berhadapan dengan peguam bela yang petah memutar belitkan soklan dan info sehingga boleh membuatkan kita sebagai saksi menjadi ragu-ragu. Namun, satu nasihat yang dapat diberi kepada kalian apabila terpaksa memberi keterangan di mahkamah ialah JANGAN BOHONG, berilah maklumat sejujur-jujurnya. Dan perlu tenang ketika memberi keterangan.



Sebelum perbicaraan bermula, kes akan dibaca oleh translator.

Saksi dikehendaki mengangkat sumpah sebelum memberi keterangan

Peguam bela memulakan hujahnya.

Keadaan ketika perbicaraan berlangsung

orang awam

Ilmu yang kami dapat dr mock court trial ni:

1. Kita sebagai orang awam boleh menyaksikan perbicaraan mahkamah dengan syarat jangan buat bising, off henset, tunduk hormat ketika masuk dalam mahkamah yang telah mula bersidang.

2. Tugas peguam bela dan pendakwa raya sangat berat kerna mereka kena pandai memutar belit soklan untuk mewujudkan keraguan. Sekiranya keraguan dapat diwujudkan walaupun hanya satu keraguan maka kes boleh dibuang. dan penjenayah boleh dibebaskan.

3. Rupanya hakim ada di kalangan orang muda. Sebelum ni, ingatkan hakim sume tua-tua.

4. Graduan law boleh membuat pilihan sama ada mahu masuk dalam bidang perundangan ataw kehakiman. Jika memilih perundangan, mereka berpeluang menjadi pendakwa raya dan sekiranya memilih kehakiman, mereka boleh menjadi hakim.

5. Hakim di mahkamah majistret dipanggil Majistret.

Tuesday, November 2, 2010

Tembak! Tembak!

Firing test telah dilakukan di markas Pasukan Gerakan Am, betul-betul berhadapan dengan maktab PDRM. Tarikhnya sudah lupa, lupa nak catit..hoho. Walaupun betul-betul depan maktab, kami pergi ke PGA menaiki trak polis. Terasa seperti pendatang asing je ketika berhimpit2 menaiki trak polis.

Ketika firing test , kami dikehendaki untuk melakukan tembakan menggunakan revolver & autogun sebanyak 40 biji peluru. Untuk setiap senjata yang digunakan, kami dikehendaki melakukan tembakan dengan 3 posisi yang berbeza - Berdiri dan menggunakan sebelah tangan, berdiri dan menggunakan dua belah tangan serta posisi duduk.

Markah akan dikira bagi setiap peluru yang berjaya mengenai papan sasaran. Antara revolver & semi-autogun, auto gun lagi senang untuk mengenai sasaran kerana saiznya lebih ringan dan cara tembakan lagi senang berbanding revolver.

5 penembak yang mengumpul markah tertinggi dipilih melakukan firing test sekali lagi untuk tujuan pengumpulan kesan GSR (gun shot residue) di tangan dan untuk mengalisis kesan taburan GSR di papan sasar.



Sesi tembak-menembak bermula. Setiap penembak akan diawasi seorang anggota polis utk mengelakkan dr kejadian yang tak diingini.

Masing-masing pulang dengan perasan hepi bersama kertas yang dijadikan sasaran tembakan.


Sangat best dapat pegang dan melakukan tembakan dengan menggunakan pistol yang betul. Rupanya bukan senang nak melakukan tembakan dan mengenai tepat pada sasaran.

Kesan buruk dr firing test ni adalah kami pulang dalam keadaan kurang pendengaran. Masing-masing menjadi kurang dengar disebabkan terpaksa mendengar lebih dr 100 tembakan tanpa ada alas atau penutup telinga dalam masa 2 jam. Bunyi tembakan sangat kuat.


Monday, November 1, 2010

Kursus Praktikum Forensik 2010

Sepanjang sem 1 tahun 4, kami dikehendaki berpraktikum di Maktab PDRM, Cheras. Praktikum? bukan praktikal ker? Ok, Praktikum dan praktikal berbeza. Di maktab PDRM, kami akan belajar semua ilmu yang telah dipelajari semasa tahun 2 dan tahun 3, namun yang membezakannya tenaga pengajar adalah terdiri daripada pegawai polis dan juga ahli kimia di Jabatan Kimia, Petaling Jaya bahagian Forensik.

Sepanjang berpraktikum, kami didedahkan dengan segala pengalaman dan cara-cara team csi melakukkan siasatan jenayah. Selain itu, kami juga berpeluang untuk mengikuti team csi pergi ke tempat jenayah. Di sana, kami akan didedahkan cara betul untuk menguruskan tempat jenayah dan mengumpul bahan bukti secara praktikal. Jika bernasib baik, kami turut diberi peluang untuk melakukannya seperti mencari dan mengumpul fingerprint.

Setiap dua hari dalam seminggu- Isnin & Khamis, kami akan dihantar ke jabatan kimia utk belajar subjek Explosive & Ballistic serta mengetahui lebih lanjut bagaimana sesuatu bahan bukti yang diserahkan oleh team csi untuk dianalisis oleh ahli kmia.

Sepanjang kami berkursus di maktab pdrm, kami berada di bawah penjagaan ibu angkat yang sangat sangat supporting dan baik - DSP Mah Chui Ying & Puan Norlida. Mereka menjaga kami dengan baik dan tak jemu melayan kerenah kami yang gila-gila. Mereka juga semangat mengaturkan pelbagai lawatan buat kami. Namu setiap lawatan banyak membuka minda kami sebagai pelajar forensik. Contohnya lawatan ke Kilang Peluru SME di Batu Arang, Selangor. Masing-masing tak pernah terlintas terdapat kilang peluru di Malaysia dan kami juga mempunyai peluang untuk bekerja di situ.

Antara aktiviti yang dilakukan kami sepanjang kursus ini:

- Melawat IPD Putrajaya & Pengkalan Marin, Putrajaya
- Melawat Penjara Kajang
- Melawat dan beraktiviti bersama gajah & haiwan-haiwan di Pusat Konservasi Gajah, Institut Bio & Deerlands.
- Melawat PGA dan mendengar taklimat tentang PGA (Pasukan Gerakan Am).
- Menghadiri National Conference Forensic Science (NCFS)
- Melakukan test firing dengan menggunakan revolver dan semi-autogun untuk 40 biji peluru
- Melawat Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
- Trial Mock Court




Saturday, July 17, 2010

Forensic Installation Nite


Forensic Installation Nite

Date: 27 march 2010
Time: 8.00 to 12.00 pm
Venue: Renaissance Hotel, Kota Bharu
Theme: Royal & Mask


invitation card


-taking Oath -




First Year Students


Second Year Students


Third Year Students


Fourth Year Student


Friday, January 8, 2010

Jom Kawan!!!!

Klik pada gambar kalo nak tengok dgn lebih jelas

Jom sertai Trip ke Genting Highlands pada 21-23 Januari 2010.
Bayaran hanyalah rm160 seorang.

**Yuran termasuk bayaran masuk ke outdoor & indoor park selama sehari,(cabel car ride, genting bowl, Mini train, flying coaster, corkscrew, pirate ship dan banyak lagi),
penginapan di First World Hotel untuk 2 orang 1 bilik beserta
breakfast serta pengangkutan dan shopping di KL