Sebagai pelajar Forensik, kami juga perlu tahu serba sedikit mengenai proses perbicaraan di mahkmah. Kenapa? Mungkin sekiranya kami terlibat menjadi polis ataw ahli kimia yang menguruskan bahan bukti sesuatu jenayah, kami akan dipanggil ke mahkamah untuk meberi keterangan.
Maka disebabkan itu, ketika berkursus di maktab PDRM kami turut diajar prosedur perbicaraan dan didedahkan dengan keadaan sebenar di mahkamah. Bukan senang untuk memberi keterangan di mahkamah kerna kite mungkin akan berhadapan dengan peguam bela yang petah memutar belitkan soklan dan info sehingga boleh membuatkan kita sebagai saksi menjadi ragu-ragu. Namun, satu nasihat yang dapat diberi kepada kalian apabila terpaksa memberi keterangan di mahkamah ialah JANGAN BOHONG, berilah maklumat sejujur-jujurnya. Dan perlu tenang ketika memberi keterangan.
Sebelum perbicaraan bermula, kes akan dibaca oleh translator.
Saksi dikehendaki mengangkat sumpah sebelum memberi keterangan
Peguam bela memulakan hujahnya.
orang awam
Ilmu yang kami dapat dr mock court trial ni:
1. Kita sebagai orang awam boleh menyaksikan perbicaraan mahkamah dengan syarat jangan buat bising, off henset, tunduk hormat ketika masuk dalam mahkamah yang telah mula bersidang.
2. Tugas peguam bela dan pendakwa raya sangat berat kerna mereka kena pandai memutar belit soklan untuk mewujudkan keraguan. Sekiranya keraguan dapat diwujudkan walaupun hanya satu keraguan maka kes boleh dibuang. dan penjenayah boleh dibebaskan.
3. Rupanya hakim ada di kalangan orang muda. Sebelum ni, ingatkan hakim sume tua-tua.
4. Graduan law boleh membuat pilihan sama ada mahu masuk dalam bidang perundangan ataw kehakiman. Jika memilih perundangan, mereka berpeluang menjadi pendakwa raya dan sekiranya memilih kehakiman, mereka boleh menjadi hakim.
5. Hakim di mahkamah majistret dipanggil Majistret.
No comments:
Post a Comment