Aktiviti seterusnya adalah melawat IPD, Putrajaya, Pengkalan Marin, Putrajaya & Istana Kehakiman. Semuanya kat Putrajaya dan tarikh lawatan tu lupa plak..lupa jugak nak catat. hoho.
IPD, Putrajaya
Apa yang best kat sini? IPD Putrajaya sama macam IPD tempat laen tapi lagi canggih sikit & smart jugak. Owh lupa, IPD stand for Ibu pejabat Polis Daerah. Apabila melawati IPD Putrajaya, kami baru mendapat tahu bahawa hempir semua kawasan di Putrajaya diawasi oleh CCTV. CCTV diletakkan di tiang-tiang lampu. Tapi tak semua tiang lampu ada CCTV, sebahagian sahaja. Lampu yang mana? Itu rahsia. haha. Oleh itu, jangan sesekali kalian merendek atau honeymoon sebelum kawen di kawasan Putrajaya kerana mungkin anda bakal menjadi tontonan pegawai polis dan pegawai majlis penbandaran.
Inilah tempat kawal CCTV, segala kelakuan anda di Putrajaya akan dapat disaksikan di sini. Jadi, berhati-hatilah dan tak payah berdating di sini. :P
Ini pula, bilik pengecaman penjenayah oleh saksi atau mangsa. Bilik ni dihadang oleh one side mirror means orang di dalam tidak nampak orang di luar.
Bergambar di bumbung bangunan IPD. Di atas ni, kami dapat melihat pemandangan yang sangat sangat cantik.
Taklimat diberi oleh ibu angkat kami, DSP Mah untuk aktiviti seterusnya.
Bergambar kenangan bersama pegawai polis IPD Putrajaya.
Pengkalan Marin
Yang ni sangat best sebab kami diberi peluang untuk menaiki bot marin mengelilingi kawasan Putrajaya. Sesunguhnya Putrajaya sangat sangat sangat cantik.
Bergambar sebelum aktiviti menaiki bot marin bermula.
Sangat best dapat keliling Putrajaya dengan menaiki bot marin.
Bergambar kenangan bersama pegawai polis marin
Istana Kehakiman
Seperti namanya, mahkamah ini seolah-olah seperti sebuah Istana. Sungguh sangat cantik struktur dan ukirannya. Berada di dalam Istana Kehakiman terasa seperti di dalam istana seperti di dalam TV.
1 comment:
cemana krang wat lawatan kat istana kehakiman ea? boleh tak masuk ramai2? i mean yang lebih 100 org 1 trip?
Post a Comment