Pages

Tuesday, November 2, 2010

Tembak! Tembak!

Firing test telah dilakukan di markas Pasukan Gerakan Am, betul-betul berhadapan dengan maktab PDRM. Tarikhnya sudah lupa, lupa nak catit..hoho. Walaupun betul-betul depan maktab, kami pergi ke PGA menaiki trak polis. Terasa seperti pendatang asing je ketika berhimpit2 menaiki trak polis.

Ketika firing test , kami dikehendaki untuk melakukan tembakan menggunakan revolver & autogun sebanyak 40 biji peluru. Untuk setiap senjata yang digunakan, kami dikehendaki melakukan tembakan dengan 3 posisi yang berbeza - Berdiri dan menggunakan sebelah tangan, berdiri dan menggunakan dua belah tangan serta posisi duduk.

Markah akan dikira bagi setiap peluru yang berjaya mengenai papan sasaran. Antara revolver & semi-autogun, auto gun lagi senang untuk mengenai sasaran kerana saiznya lebih ringan dan cara tembakan lagi senang berbanding revolver.

5 penembak yang mengumpul markah tertinggi dipilih melakukan firing test sekali lagi untuk tujuan pengumpulan kesan GSR (gun shot residue) di tangan dan untuk mengalisis kesan taburan GSR di papan sasar.



Sesi tembak-menembak bermula. Setiap penembak akan diawasi seorang anggota polis utk mengelakkan dr kejadian yang tak diingini.

Masing-masing pulang dengan perasan hepi bersama kertas yang dijadikan sasaran tembakan.


Sangat best dapat pegang dan melakukan tembakan dengan menggunakan pistol yang betul. Rupanya bukan senang nak melakukan tembakan dan mengenai tepat pada sasaran.

Kesan buruk dr firing test ni adalah kami pulang dalam keadaan kurang pendengaran. Masing-masing menjadi kurang dengar disebabkan terpaksa mendengar lebih dr 100 tembakan tanpa ada alas atau penutup telinga dalam masa 2 jam. Bunyi tembakan sangat kuat.


5 comments:

ami damai said...

bla lg ak dpt pgng snjata api lepas ni ek??

Lea Isnawi said...

ko masuk la polis..haha

Unni anje said...

klu dr akedemik mcm da nk layak.. tp klu nk ambik forensik nie dr segi fizikal plak acm??? maksd sa, tnggi bh wanita?? ada syarat ka??

Anonymous said...

first year pn da jmpe mayat ke?

CONAN said...

minat sngt jadi forensik dari dulu..then skrg kena pakai spek pulak..masih ade peluang lagi ke??? klu tk silp nak jadi forensik slh satu syaratnya tk leh pakai spek...
please reply